Saturday, October 30, 2010

e" Camno -Cara Mencuci dan Menghilangkan Bau Peti Ais

 Hilangkan Bau Dalam Peti Ais




Sekarang peti ais adalah satu keperluan untuk setiap rumah. Telah menjadi satu kebiasaan sekarang surirumah, malah yang hampir semua isi rumah yang bekerja. Membeli keperluan dapur, bahan makanan mentah, sudah masak, sejuk beku hanya dilakukan sekali seminggu.Maka peti ais menjadi kemestian buat menyimpan bahan2 makanan tersebut. Masa yang terhad untuk pergi pasar juga membeli bahan makanan menjadikan peti ais satu kemestian dalam setiap rumah.

Maka kadang kala, ada bahan2 makanan yang luput masa kegunaannya, maka mula reput dan mengeluarkan bau yang kurang enak walaupun disimpan dalam peti ais. Ada juga bahan makanan yang mengeluarkan bau yang kuat secara alaminya, seperti belacan, budu,ikan jeruk masin,durian dan sebagainya.
Cara2 membersih dan menyah bau peti ais.


  • Sebaik2nya peti ais hendaklah dibersihkan setiap minggu, terutamanya bila hendak menyimpan bahan makanan yang baru dibeli.
  • Atau sekurang2nya 1 bulan satu kali.
  • Tentukan, bahan yang hampir luput tarikh pakainya digunakan dahulu.
  • Bahan2 makanan yang mula mereput, mestilah diasingkan.
  • Bahan/stok makanan disimpang pada ruang yang telah ditentukan tempatnya. Seperti ruang sayuran untuk sayuran segar. Ruang beku, untuk daging,ayam,makanan laut dan bahan makanan sejuk beku yang lain. Begitu juga dengan bahan makanan serta minuman disimpan pada ruang yang disediakan. Malah hampir semua peti ais melabelkan tempat simpan untuk pelbagai bahan makanan.
  • Membersihkan Peti Ais
  1. Keluarkan semua bahan2 makanan;
  2. D - Frostkan ruang sejuk beku:( Tetapi sekarang hampir semua peti ais tak perlu fungsi ini lagi)
  3. Campurkan air suam dengan sesudu cuka makan juga sedikit garam,juga sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk. 
  4. Selain ruang beku, lap dan bersihkan semua ruang simpanan dengan bahan campuran diatas.
  5. Setelah itu bilas dengan kain basah dan seterusnya lap sehingga kering.
  6. Barulah selepas itu disusun -simpan bahan2 makanan diruang yang telah ditentukan kegunaannya.
  •  Menyah bau dalam peti Ais.
 Sekarang banyak terdapat, freshner atau penyegar peti ais yang boleh dibeli dipasararaya atau kedai2. Tetapi harganya agak mahal. Secara mudahnya dan tak membazir kita boleh gunakan bahan semula jadi atau alami yang lain. Kayu arang adalah satu sumber mudah sebagai penyerap atau bahan menyah bau dalam peti ais.
  1. Ambil seketul kayu arang (kayu bakau/buluh) berukurang 4 inchi panjang.
  2. Basahkan secebis kain kapas(cotton) atau kain net.
  3. Bungkuskan arang  dengan kain yang telah disediakan tadi.
  4. Letakan disalah satu sudut didalam peti ais.
  5. Hendaklah ditukar kayu arang 3 bulan sekali.
Insya'Allah peti ais tidak akan berbau.

No comments:

Post a Comment